Dah lama tak update. Bukan tak ada aktiviti atau event, tapi tak ada masa. Nampaknya perlu tambah author lagi la.
Untuk kali ni, cerita mengenai Klinik Mountain Bike Peringkat Negeri Kedah 2012 atau kursus asas mountain bike. Klinik ni berlangsung dari 26 hingga 28 April 2012 lalu bertempat di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra Kedah. Klinik ini disertai oleh riders dari seluruh negeri Kedah dan Kelab Kayuh Utara Harmoni menghantar 2 orang ahli (Mat & Faris) untuk menyertai kursus ini.
Pelbagai pendedahan diberikan kepada semua peserta dari segi teori dan praktikal, dari pengetahuan penjagaan basikal sehinggalah ke aktiviti all mountain dan downhill.
Lagi gambar: Facebook







Tiada ulasan:
Catat Ulasan