Memang biasanya pagi Jumaat kami akan aturkan satu kayuhan yang jauh sikit dari hari-hari biasa (hampir setiap petang kami kayuh dalam lingkungan 20km). Jadi pagi Jumaat 20 April ni kami pun rancang nak kayuh dari pekan Pendang ke Alor Setar. Untuk pengetahuan, ada banyak laluan boleh diambil untuk berkayuh dari Pendang ke Alor Setar. Kalau memandu kereta pun ada banyak laluan yang kita boleh ambil. Seramai 10 riders turut serta dalam acara jalan-jalan ni.
Kayuhan turut melalui jalan raya ke Kampung Jelai, masuk ke jalan Kampung Tok Keling dan seterusnya jalan mini ke tepi lebuh raya (berdekatan Tandop).
![]() | |
| Berbincang tentang laluan. |
Di situ kami berhenti dan berbincang tentang laluan seterusnya. Memandangkan ada delay tadi (tayar pancit) dan hari makin lewat, kami memutuskan untuk terus kayuh balik dari situ dengan mengambil jalan ke Tokai, melintasi lebuhraya dengan jejantas pejalan kaki dan motorsikal (dan juga basikal :) ).
![]() |
| Siap wheelie lagi Mat nih.. |
Kayuhan diteruskan ke pekan Tokai dan seterusnya sampai ke pekan Tanah Merah. Di situ kami berhenti rehat dan minum. Selepas tu kami kayuh terus balik ke Pekan Pendang dan ke rumah masing-masing. Jarak kayuhan kali ni lebih kurang 45km.
Lagi gambar: Facebook










Tiada ulasan:
Catat Ulasan