Memang biasanya pagi Jumaat kami akan aturkan satu kayuhan yang jauh sikit dari hari-hari biasa (hampir setiap petang kami kayuh dalam lingkungan 20km). Jadi pagi Jumaat 20 April ni kami pun rancang nak kayuh dari pekan Pendang ke Alor Setar. Untuk pengetahuan, ada banyak laluan boleh diambil untuk berkayuh dari Pendang ke Alor Setar. Kalau memandu kereta pun ada banyak laluan yang kita boleh ambil. Seramai 10 riders turut serta dalam acara jalan-jalan ni.
Jumaat, 20 April 2012
Rabu, 18 April 2012
Kayuhan Kembara Pencegahan Jenayah 2012
Kayuhan Kembara Pencegahan Jenayah PDRM Kedah bersama dengan masyarakat yang berlangsung pada 14 April 2012 lalu telah disertai oleh hampir 550 orang riders yang datang dari hampir seluruh negeri Kedah. Kayuhan bermula dari Stadium Darul Aman, Alor Setar dan berakhir di sebuah padang taman perumahan di Kuala Kedah. Kayuhan adalah secara santai di mana pihak polis telah menyampaikan goodies bag kepada individu tertentu di sepanjang perjalanan acara kayuhan tersebut.
Kayuhan pencetus penubuhan kelab.
Pada 11 April 2012, bersempena dengan cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang lepas, satu acara kayuhan di antara riders daerah Pendang, Kedah dijalankan. Kayuhan tersebut dari Pekan Pendang ke peranginan Titi Hayun, Yan yang berjarak lebih kurang 65km pergi dan balik disertai oleh 22 orang riders terdiri dari basikal jenis mountain bike sebagai majoriti dan turut disertai oleh riders road bike dan fixie.
Kayuhan bermula pada pukul 8.00 pagi selepas semua riders berkumpul dan bersarapan di Pekan Pendang. Kami sampai ke Peranginan Titi Hayun pada lebih kurang pukul 11 pagi. Setelah berehat (ada yang mandi-manda), kami bertolak balik dan sampai ke Pekan Pendang dalam pukul 2.30 petang.
Langgan:
Catatan (Atom)


