Ahad, 6 Mei 2012

Trip Ke Pulau Bunting, Yan


"Cuti Hari Pekerja 1 Mei, kita kena plan sesuatu."

 Pulau Bunting, Yan jadi pilihan untuk kayuhan kali ini. Seramai 15 riders menyertai kayuhan yang lebih kurang 58km dari Pekan Pendang. Kayuhan bermula hampir pukul 8 pagi selepas bersarapan di sebuah kedai di Pekan Pendang.




Cuaca hari itu sangat baik untuk kayuhan. Laluan yang diambil melalui Kampung Bukit Jambul, Kampung Alor Nan dan Kampung Sungai Daun.







Sampai di jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting dan tanah besar, ramai ahli mengambil kesempatan makan angin di atas jambatan dan ada juga yang sprint test :) Suasana di Pulau Bunting sungguh cantik nyaman. Ada sebuah gerai menjual laksa dan cendol di situ. Gerai tersebut menjadi persinggahan kami.

Masa untuk gambar lagi...










Lagi gambar: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan