Pada 11 April 2012, bersempena dengan cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang lepas, satu acara kayuhan di antara riders daerah Pendang, Kedah dijalankan. Kayuhan tersebut dari Pekan Pendang ke peranginan Titi Hayun, Yan yang berjarak lebih kurang 65km pergi dan balik disertai oleh 22 orang riders terdiri dari basikal jenis mountain bike sebagai majoriti dan turut disertai oleh riders road bike dan fixie.
Kayuhan bermula pada pukul 8.00 pagi selepas semua riders berkumpul dan bersarapan di Pekan Pendang. Kami sampai ke Peranginan Titi Hayun pada lebih kurang pukul 11 pagi. Setelah berehat (ada yang mandi-manda), kami bertolak balik dan sampai ke Pekan Pendang dalam pukul 2.30 petang.