Ahad, 13 Mei 2012

Kayuhan Mesra Belia Changlon




Kayuhan pada Jumaat 4.5.2012 ini berlangsung di hadapan pasaraya C-Mart Changlon. Kayuhan percuma ini dianjurkan oleh Pertubuhan Puteri UMNO Kubang Pasu dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan. Seramai 14 riders daripada Kelab Kayuh Utara Harmoni menyertai kayuhan pada hari itu. Selain dari acara kayuhan, banyak lagi acara yang dijalankan. Antaranya larian kecergasan, pertunjukan aksi lasak motorsikal dan senamrobik.

Kayuhan sejauh hampiur 20km ini adalah secara santai. Kayuhan bermula dari hadapan pasaraya C-Mart melalui Kampung Darat dan seterusnya ke Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi. Peserta kayuhan berhenti sebentar di dewan tersebut danb akhirnya meneruskan kayuhan kembali ke pasaraya C-Mart.



Lagi gambar: Facebook

1 ulasan: