Pada 11 April 2012, bersempena dengan cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang lepas, satu acara kayuhan di antara riders daerah Pendang, Kedah dijalankan. Kayuhan tersebut dari Pekan Pendang ke peranginan Titi Hayun, Yan yang berjarak lebih kurang 65km pergi dan balik disertai oleh 22 orang riders terdiri dari basikal jenis mountain bike sebagai majoriti dan turut disertai oleh riders road bike dan fixie.
Kayuhan bermula pada pukul 8.00 pagi selepas semua riders berkumpul dan bersarapan di Pekan Pendang. Kami sampai ke Peranginan Titi Hayun pada lebih kurang pukul 11 pagi. Setelah berehat (ada yang mandi-manda), kami bertolak balik dan sampai ke Pekan Pendang dalam pukul 2.30 petang.
Lagi gambar: Facebook
Selepas acara kayuhan ini selesai, maka timbullah idea untuk menubuhkan kelab berbasikal diantara ahli-ahli kami. Tetapi mesyuarat tidak dijalankan sehingga selepas kayuhan bersama PDRM dalam program Kayuhan Kembara Pencegahan Jenayah pada 14 April 2012 (gambar dan cerita akan menyusul).
Sehingga kini, mesyuarat pertama telah dijalan. Semua ahli telah bersetuju untuk menamakan kelab berbasikal ini dengan nama Kelab Kayuh Utara Harmoni atau singkatannya KAYUH. Kelab ini sekarang dalam proses untuk didaftarkan dengan Kementerian Belia Dan Sukan. Diharapkan agar urusan pendaftaran ini berjalan dengan lancar.







Assalamualaikum wbt...
BalasPadamtahniah buat bikers sekelian...nmpk best xtvt ride yg dijalankan...
just nak tanya: kalau nak invite utk bersamaX pelajar bagi aktiviti Kembara Berbasikalpd Sabtu 5/5 ni..dr SMK PEkula Jaya ke Pantai Merdeka..agakx blh x?
Waalaikumsalam...
PadamMaaf la sebab lambat balas. 5/5/12 kami ada ride kat Alor Setar. Family Joyride Parlimen Alor Setar. Kalau ada lagi lepas ni bagitau la ya. InsyaAllah kalau tak dak apa2 hal dan ahli setuju boleh ja kami join.
Terima kasih sebab menjemput...